Pengenalan & Objektif



PENGENALAN KEMAHIRAN HIDUP
Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II  Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Buku ini disediakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan kegiatan tersebut melalui aktiviti dan projek yang dicadangkan. Kandungannya mendedahkan tentang kemahiran asas, pengetahuan yang berkaitan serta nilai dan sikap yang perlu dipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif, tabiat kerja yang baik, dan sikap yang positif. 


OBJEKTIF KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH  
Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup  adalah untuk membolehkan murid:
1. Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek
2. Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk
3.Membuka dan memasang produk untuk mengenal pasti fungsi komponen
4. Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam
5. Memilih alatan, perkakas, dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul
6. Mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari
7. Menghasilkan projek elektrik
8. Menyenggaraan alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya
9. Menghasilkan tanaman hiasan
10. Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual
11. Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan
12. Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik
13. Mengira harga jualan dan untung
14. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

No comments :

Post a Comment