Perhatikan peralatan yang digunakan. Peralatan ini mengandungi komponen elektronik di dalamnya. Komponen elektronik seperti kapasitor dan transistor digabungkan menjadi litar elektronik. Litar elektronik ini membolehkan peralatan itu berfungsi sebagaimana yang dikehendaki.
Penghasilan Projek Elektronik
Projek yang akan kamu hasilkan berpandukan litar projek. Kamu perlu
membaca dan mentejemah litar projek sebelum menghasilkan projek elektronik.
Membaca Dan Menterjemah Litar
Projek
Kamu sudah pun membuat projek elektronik pada tahun lima. Pasti kamu
masih ingat bagaimana kamu menyambungkan komponen elektronik tersebut. Komponen
elektronik yang disambbung antara satu
sama lain dikenali sebagai litar elektronik. Litar elektronik terdapat dalam
peralatan elektrik seperti radio dan televisyen. Sambungan komponen pada litar
boleh digambarkan dalam bentuk lukisan skematik dan lukisan bergambar.
Yang berikut ialah contoh lukisan skematik dan lukisan bergambar bagi
sesuatu projek.
Memilih Alatan, Bahan Dan
Komponen
Setelah membaca dan mentejemah lukisan skimatik kepada lukisan
bergambar, kamu akan memilih alatan, bahan dan komponen yang diperlukan untuk
membuat projek. Pemilihan alatan, bahan dan komponen yang sesuai memudahkan
kita membuat pemasangan litar elektronik. Sekarang mari kita mempelajari
beberapa komponen elektronik yang lain pula. Antara komponen elektronik yang
akan kamu pelajari ialah transistor dan kapasitor.
Kapasitor
Kapasitor digunakan dalam peralatan elektronik seperti radio,
televisyen dan perakam video. Kapasitor juga dikenali sebagai pemuat dan
berfungsi untuk menyimpan dan membuang cas elektrik. Kapasitor mempunyai dua
kaki dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Kapasitor yang bernilai besar akan
menyimpan lebih banyak cas elektrik dan akan mengambil masa yang lama untuk
mengecas. Unit ukuran kapasitor ialah farad (f). Terdapat dua jenis kapasitor,
iaitu kapasitor berkutub dan kapasitor tidak berkutub.
Kapasitor Berkutub
Kapasitor berkutub mempunyai dua kutub yang berlainan, iaitu positif
(+) dan kutub negative (-). Kaki yang berhampiran dengan tanda (-) pada
kapasitor ialah kutub negative. Kaki kapasitor mesti disambung dengan betul
mengikut kekutubannya pada litar. Kapasitor berkutub dikenali juga sebagai
kapasitor elektrolik.
Kapasitor Tidak Berkutub
Kapasitor Tidak Berkutub
Kapasitor ini disambung tidak mengikut kekutubannya pada litar.
Transistor
Transistor digunakan dalam litar untuk meninggikan arus, voltan dan
kuasa serta berfungsi sebagai suis.
Transistor mempunyai 3 kaki, iaitu:
Tapak atau base (b)
|
Mengawal aliran arus
|
Pemungut atau collector (c)
|
Menerima arus
|
Pemancar atau emitter (e)
|
Mengeluarkan arus
|
Terdapat dua jenis transistor, iaitu transistor jenis NPN dan
transistor jenis PNP. Jenis transistor yang terdpat pada litar skematik boleh
dikenali pasti dengan melihat anak panah pada kaki pemancar (e).
Cara Membentuk Kaki Komponen Dan
Bahan
Kaki komponen boleh dibentuk dengan menggunakan playar muncung tirus. Kaki
komponen tidak dibengkok terlalu rapat dengan badannya untuk mengelakkan
kerosakan. Berikut ialah cara membengkokkan kaki komponen.
No comments :
Post a Comment