Etika Peniaga dan Hak Pengguna
Pada tahun 4dan 5, kamu telah mempelajari cara mempromosi dan
menguruskan jualan. Peniaga perlu mengamalkan etika perniagaan semasa
menguruskan perniagaannya. Di samping itu,
hak pengguna juga perlu dikenal pasti bagi melinduni pengguna daripada amalan
perniagaan yang tidak beretika.
Etika Perniagaan
Etika perniagaan bermaksud tingkah laku dan amalan baik peniaga semasa
menjalankan perniagaan. Peniaga perlu mengamalkan sikap jujur, adil dan
menepati masa. Peniaga perlu bersikap jujur ketika menjual barang seperti
menjual mengikut timbangan, ukuran dan sukatan yang tepat. Peniaga mestilah
menjual barang yang berkualiti kepada pelanggan, mengira harga barang dan
memulangkan wang baki dengan betul.
Peniaga juga perlu melayan pelanggan dengan baik seperti sentiasa
menunjukkan wajah yang ceria serta sentiasa tersenyum. Mereka harus bersikap
ramah dan tidak sombong terhadap pelanggan. Peniaga yang beretika menepati masa
dan janji mereka. Sebagai contoh, mereka membuka kedai tepat pada waktunya
serta menghantar barang pada waktu yang telah dijanjikan. Jualan dan
pembungkusan mempunyai keterangan yang lengkap tentang sesuatu barang.
Mengenal pasti hak pengguna
Siapakah yang dimaksudkan ddengan pengguna?
Pengguna ialah orang yang menggunakan barang, perkhidmatan dan alam
sekitar. Walau bagaimanapun, pengguna juga sentiasa terdedah kepada
berbagai-bagai bentuk penyelewengan seperti:
i.
Maklumat yang tidak tepat
ii.
Harga yang tidak berpatutan
iii.
Barang yang berkualiti rendah
iv.
Barang yang mengandungi bahan yang membahaya
kesihatan
Bagi memastikan pengguna mendapat barang dan perkhidmatan yang baik,
mereka mempunyai beberapa hak seperti yang berikut:
Hak mendapatkan maklumat
Pengguna berhak mendapat maklumat yang lengkap dan jelas. Maklumat ini
dapat membantu mereka membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang. Contohnya,
pengguna memerlukan maklumat tentang kegunaan kamera yang ingin dibeli.
Pengguna hendaklah dilindungi daripada maklumat yang palsu dalam pengiklanan,
pelabelan dan amalan yang menyeleweng.
Pengguna berhak memilih barang dan perkhidmatan pada harga yang
berpatutan dan mutu yang memuaskan. Pengguna perlu diberikan penerangan dan
maklumat supaya mereka dapat memilih barang dan perkhidmatan pada harga yang
berpatutan.
Pengguna berhak mendapat ganti rugi jika barang yang dibeli rosak atau
perkhidmatan yang tidak memuaskan. Pengguna juga berhak mendapat ganti rugi
sekiranya mengalami kerugian atau kecederaan akibat maklumat yang salah
tentang barang yang dibeli.
Untuk mengetahui tentang hak pengguna, sila layari:
http://www.fomca.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/hak-hak-pengguna
Untuk mengetahui tentang hak pengguna, sila layari:
http://www.fomca.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/hak-hak-pengguna
No comments :
Post a Comment