Mata pelajaran ini
terbahagi kepada dua bidang iaitu :
A. Reka Bentuk dan
Teknologi
B. Perniagaan dan
Keusahawanan
Bidang
Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran
teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses
reka bentuk. Untuk tujuan ini, murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti
serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid juga
menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan 3 bahan gabungan kayu,
bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping
itu, murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan
alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang
lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan
.
Bidang
Perniagaan dan Keusahawanan membekalkan murid dengan pengetahuan mengenai
amalan perniagaan dan keusahawanan. Mereka mengenal pasti kumpulan sasaran bagi
sesuatu jenis barang dan mengumpul maklumat untuk mendapatkan sumber bekalan.
Murid juga merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasa
aktiviti jual beli. Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan, melayan
pelanggan dan merekod jual beli dengan lebih sistematik. Amalan untuk memupuk
nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif
dan berdaya saing turut ditekankan. Murid didedahkan secara tidak langsung
tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana.
No comments :
Post a Comment